Peejoo@Rapala Casting Tournament

Tarikh: March 30, 2008
Masa: 6:00am - 9:00am
Lokasi: Muara Miri
Kaedah: "Casting" gunakan gewang berjenama Rapala atau Storm sahaja
Hadiah Pertama: Wang Tunai bernilai RM300.00 "replika" rapala bernilai RM1,000.00 beserta piala....

Seawal jam 5:00am aku dah bangun....bukan main semangat lagi......tapi bagi aku bangun jam 5:00am dah menjadi kebiasaan......sebelum aku pergi kerja aku dah casting kat Muara Miri....Tapi kali nie malam sebelumnya aku dah beli siap-siap roti untuk aku bawak bekal pasal belum ada kedai seawal jam 6:00am bukak untuk makan pagi.....Bangun aje aku buatkan air milo dalam satu jar.....

Sampai aje aku terus daftar......dalam 15 minute awal....aku minum dulu sambil layan makan roti.....

Yuran kemasukkan RM40.00 seorang dapat satu topi dan sehelai T-Shirt Rapala.....bergaya diatas batu...tempat untuk casting

Sebahagian dari peserta...mamat yang pakai baju biru sebelah aku, kalau tak salah nama dia Ricky orang kuat company VMC (sponsor untuk tournament nie) datang dari Penang

Bergaya dengan JUARA......hanya dengan Ikan Kerapu seberat 180g.....kalau dah rezeki dia tertulis macam tu.......syukurlah....saya hanya mampu mengucapkan tahniah......

Pada hari tu...entah macam mana pergurus kelab mancing miri suruh saya jadi "MC" pulak pasal....pasal majoriti peserta ada berbahasa malaysia.......so aku kena buat pengumuman untuk penyampaian hadiah.....tak apalah........layan ajelah...
Tengok tu.....rapala replika nie semuanya bernilai RM1,000.00 sebanyak 7 dulang.....adoi...... dari yang sekecil-kecil ke sebesar-besarnya gewang.....bertuahnya badan....

Senarai replika dan cheque bernilai RM300.00 untuk pemenang pertama........

Selepas dari pertandingan nie....dalam jam 1: 30pm...kita orang (Aku, Abu dan Man) cuba menebus kekecewaan "Casting" di Brunei pulak.......Sungai Dua dalam 10-15 minute dari Kastam Brunei......tapi kecewa jugak masih tak dapat ikan, sabar ajelah...maaf tak ada gambar....lupa nak ambik gambar lokasi casting.... next time aku ambik gambar.......

Tak mengalah lagi...sambung pulak casting di Sungai Baram.......aku ada jugak strike beberapa kali tapi ikan tak lekat pulak...mungkin mata kail dah tumpul......tapi kalau dah tak ada rezeki nak buat macam mana.....tapi aku ia cuma ikan bulan (Tarpon)

Tengoklah muka dia orang (muka kecewa tak dapat ikan) "moyok aje.... macam ayam berak kapor"......sempat berkelah lagi......air milo dengan roti....... tak lupa jugak dengan "orange".....

Sunyi.......jalan in dulu merupakan jalan utama untuk ke Brunei......sebelum adanya jambatan......ada perkhidmatan feri dari Sungai Baram ke Brunei...tapi perkhidmatan tersebut sudah di tamatkan

Abu beraksi dengan tabahnya!.....tapi sayang gewang tersayang dia tersangkut.......aku punya gewang tersangkut jugak.... malah gewang-baru aje beli... si Man pun sangkut... kira sedekah ajelah.....kalau dulu sangkut aje kita turun pergi ambik tapi kali nie tak mungkin kita orang buat... pasal dah ada cita mamat yang menjala di kawasan nie di gigit dek buaya....jangan cari pasallah.....nak happy-happy...nanti hilang pulak kaki atau pun tangan......happy amendenya ye tak?

....buat dek kecewa aku beli ketam yang di tangkap oleh budak kampung....dalam sekilo lebih (5-6 ekor ketam)....balik rumah aku buat "SUP KETAM"

Namun ia belum memati semangat kita orang untuk terus "casting"......kita tetap sabar dan tabah....AMIN!
Hidup Casting

Peejoo@Seacat Piasau Boat Club Fishing

March 29, 2008....
Seawal jam 6:00 am dah bangun ingatkan nak gie casting dulu di Muara Miri...tapi malas pulak. Trip mancing kali nie aku agak keberatan untuk menyediakan apa-apa....pasal "jigging" dan "popping" yang lama masih ada lagi malahan mata kail, perambut untuk main "bottom" masih banyak.......
Jam 6:30am aku menuju ke Pasar Krokop pergi beli udang untuk di buat umpan...kenapa aku pilih udang pasal senang tak payah nak potong-potong...buang kulit sangkut kat mata kail terus buang.....biasanya aku suka bawak sotong tapi pasal sebelum nie aku bawak sotong nie cepat busuk.....disamping itu jugak aku beli buah "orange dan apple"....dan kiuh.....belum makan beb.....lapor.....nak makan banyak-banyak pun bukan boleh...nanti muntah pulak.....dan cita lain pulak nanti........
Ini adalah peserta-peserta memancing untuk kali nie....dua orang (baju merah agak gemuk tu dgn mamat baju putih...tapi bukan mat salleh tu....) tu aje yang aku tak kenal....yang pasti dia orang bukan ahli "Club Piasau Boat"....Untuk non-member sudah tetap kadar dia iaitu RM150.00 seorang kalau member tengoklah dalam "bill" club hantar nanti.....biasanya tak sampai RM100.00 pun....

Boat mempunyai 200x2 kuasa kuda ini berundur kekaki air.......

Boat pun dah dalam air.......sungainya lepar boleh masuk kapal/barge muatan kontena dan lain-lain....aku sebenar tak tahu kenapa aku nak muatan gambar-gambar nie....cuma kekadang aku pun tak tahu apa yang aku nak tulis....hentam ajelah.......siapa-siapa yang baca layan ajelah....kalau dah tak tahan masukkan aje kebahagian "comment"......

Gambar nie pun saya muatan untuk menunjukan bagaimana keadaan Muara Miri di lihat dari arah laut...dimana mamat casting bertarung untuk mendapatkan ikan-ikan yang "mega" seperti siakap, siakap merah, dan kerapu...(he..he...he bukan merapu)

Menumpang ikan orang yang berjaya di naikkan dia orang namakan ikan ini "ikan sulik" kat semenanjung aku tak pasti apa dia panggil.......entah mengapa hari tu.....aku macam tak ada mood nak mancing....dalam 3-4 kali kena tukar aku dah boring kasi kat mamat memandu boat pancing.......aku duduk layan makan kuaci.........

Bergambar dengan ikan-ikan yang berjaya di naikan.....tahniah untuk mereka......ini dah kira bagus pasal minggu lepas dia orang pergi tak sebanyak ini......ikan merah, ikan sulik dan ikan kerapu....

Bergaya dengan "Ah Soon" taukeh kedai pancing yang terletak di Lutong......

Ini pun bergaya dengan Ah Soon (kekadang bila tengok Ah Soon bergaya macam nie, dia nie nampak macam pelakon kantonis pulak....nak sebut nama pelakon tu aku tak tahu....tapi biasanya pelakon tu...bawak watak "gangster" atau "lawak bodoh" bentuk badan dia pun sama "bulat-bulat" macam Ah Soon....ikan nie pun orang lain punya...

Sebahagian ikan-ikan yang berjaya di naikkan.......dah kat dalam tong ikan.......
Tahniah semua........semoga trip akan dapat bertambah lagi hasilnya.......dan untuk saya sendiri...jangan nak malas-malas.....trip nie bukannya free bayor apa......

Peejoo@Lokasi "Casting" Berpotensi

Pantai Pelindung......nampak macam berombak...pasal anin pada hari tu agak kuat......tapi aku yakin kalau angin tenang tempat nie berpotensi untuk mendapat ikan dengan kaedah casting.....dah terdengar jugak hasil-hasil yang hebat disini.....
Kalau tak silap dah pernah di buat pertandingan memancing di kawasan nie sebelum nie...tapi tak pasti bila.....
Sebenarnya Pantai Pelindung nie bersebelahan dengan Teluk Cempedak......ada laluan terus melalui pantai....dan denai-denai untuk ke sana.....aku pernah buat "jungle trackking" masa aku sekolah dulu......
Nampak? Seorang kaki pancing duduk atas batu......memancing....tapi main "bottom".......

Ini pulak air tawar......memang berpotensi untuk ikan haruan atau pun kemungkinan besor untuk ikan siakap...saya terbaca majalah Sirip yang menunjukkan lokasi sebegini tetapi lokasi tersebut di rahsiakan....terdapat ikan siakap-siakap mega yang diperolehi dengan kaedah casting......kena cuba nie.....

Kawasan di mana berpotensi untuk mendapatkan ikan haruan.....

Salah seorang kaki pancing ikan haruan....masa aku sampai mamt ini dah berjaya menaikkan 3 ekor ikan haruan dengan kaedah casting...menggunakan katak plastic dan jugak katak hidup.......
Dengan menggunakan katak hidup......."swivel" akan terlebih dahulu dimasukkan dengan mata kail........kemudian "swivel" tersebut dicucuk kebahagian bawah mulut (dagu katak........katak ada dagu ke???? tapi korang pahamkan....) menumbusi bahagian atas mulut katak......kemudian mata kail akan dicucuk pulak kebahagian kaki katak atau mana-mana bahagian yang terdekat.....ini dilakukan bagi menghalang mata kail tersangkut pada rumput, ranting dan lain2....

Peejoo@Lokasi Rahsia Kuala Baram



Peejoo@Miyahara Farewell

Nie mamat Jepun yang jugak kaki pancing tapi sayang dia dah nak balik Jepun untuk sementara kemudian akan ke Australia dan kemudian di jangkakan dalam 3-4 tahun akan ke Papa New Guinea (exploration)....lagi best kalau di Australia banyak ikan siakap di sana.... ada jugak kaki pancing Miri tanya samada dia nak jual dia punya Masterpiece dia "Daiwa Certate" tapi dia cakap dia tak jual sayang katanya....ada sentimental value jugak mamat Jepun nie.....tapi overall baik mamat Jepun nie....aku ada beberapa kali memancing dengan dia di Bintulu (yang trip masuk dalam majalah Sirip 2007 dulu) dan trip dengan boat Piasau Boat Club...apa-apa pun saya mendoakan yang terbaik untuk masa depan dia....dan jugak masa depan untuk dia lebih mendapatkan ikan yang hebat-hebat.....

Gambar mereka-mereka yang turut hadir di "farewell" Miyahara nie gambar masa Abu tak ada nanti kalau tak masukkan gambar dia merajuklah pulak......buat nanti tak di tolong "service"nya reels aku....susah pulak.....

Gambar nie ada Abu sekali biar dia happy sikit...



Gambar kenangan bersama MIYAHARA........SELAMAT BERJAYA

Dia boleh di hubungi melalui miya-aki-kei@rio.odu.ne.jp

Peejoo@March 2008

Percaya atau tidak tenggiri 2kg lebih berjaya dinaikkan di Muara Sungai Miri dengan kaedah "casting" dari muara saje.....tapi bukan saya yang naikkan.....pemilik sebenar adalah Pak Musa....gunakan "soft plastic bersama spinning" cuma RM6.00 ringgit aje....dah nak makan apa-apa pun boleh.....dah rezeki dia..... sekarang musim udang halus (orang Miri panggil udang "bubuk"). Disini cara mereka menangkap udang tersebut sama dengan kaedah di semenanjung menggunakan pukat halus yang di silangkan menggunakan dua batang kayu kemudian ditolak menghala kearah udang......di semenanjung di namakan kaedah "merawa" kat Miri pulak kurang pasti apa yang digelar....baru dapat tahu....dia orang panggil "pakak"...

Seawal 630am berjaya mendaratkan seekor ikan kerapu seberat 2kg lebih... di naikkan oleh "Liau" menggunakan "lure" berjenama Ofmer....saya cuma menumpang untuk bergambar aje... mamat "Liau" nie brutal sikit....rambut panjang....muka garang....

Si "Liau" lagi berjaya mendaratkan ikan siakap anggaran dalam 3kg lebih menggunakan 'Lure" Storm Thunder Crank... mamat-mamat casting kat Miri panggil "kekacang" pasal warnanya macam warna kacang.....

Peejoo@Fishing Reels

Kekili terbaru berjenama Shimano Technium 2500 digunaka untuk "casting"...masih baru dan belum mempunyai record lagi.....tapi kita tengok macam mana aksinya nanti.....aku jodohkan kekili ini dengan joran Shimano Bassterra....7' 10-25lb...Spool pertama aku masukkan tali "Braided Fin 20lb yang kedua aku masukkan tali Tuf Line 15lb....

Kekili berjenama Daiwa Freams 4500 J digunakan untuk "Light Jigging" nie masih baru baru sekali turun laut...itu pun kurang bernasib baik kerana lau bergelora masa itu....aku muatkan dengan tali sulam Suffix 50lb...Aku jodohkan dia dengan joran Abu Garcia Conolon PE 2-5 dan Conolon PE 1-3....so kita tengoklah macam mana dia kan berbakti nanti.....kita saksikan kehebatannya....

Kekili berjenama Ryobi Excia digunakan untuk "casting" merupakan kekili yg berjaya mendaratkan ikan siakap seberat 4kg yg pertama untuk tahun 2008 di Muara Miri...ha...ha..ha jangan marah...aku jodohkan dengan joran Loomis & Franklin Big Game (Joran terkuat di dunia, dia yang tulis dalam majalah aku tulis aje kat sini....so you all tahu joran yang mana saya maksudkan...)di bekalkan dengan dua "spools"...spool yg pertama saya muatkan dengan tali sulam Power Pro 20lb yg satu lagi saya muat tali mono Lemax 12lb...

Kekili berjenama Shimano Navi 8000PG digunakan untuk "jigging" and "trolling" merupakan yang terbanyak sekali menaikan ikan-ikan yang besor.....merupa kekili pertama aku buat untuk aktiviti "jigging" pernah aku naikkan ikan alu-alu (kekacang) berat anggaran 5-7kg tapi tak sempat di naikkan kerana kawan-kawan yang masa itu sibuk memasang alat pancing dia orang.....cuma malam sikit aku berjaya mendaratkan ikan "belokok" seberat anggaran 5-6kg menggunakan joran pinjam dari "Haji"...Kekili ini aku jodohkan dengan Abu Conolon PE 2-5 atau Conolon PE 1-3...

Kekili berjenama Lemax Platinum Tiny digunakan untuk "light casting" ini aku gunakan untuk menaikan ikan bulan (tarpon)...record menaikan ikan seingat aku dalam 2kg lebih...masa tu aku nak cuba kekuatan kekili and joran di Kolam Buaya, Kuala Baram.....memang boleh tahan.....tapi ada jugak aku tengok orang pakai masa memancing ikan di kolam bayar di Sentul.....

Kekili berjenama Opusbull...jarang-jarang di gunakan masa awal dulu..aku muatkan dengan tali sulam 50lb tapi kurang sesuai kerana tali tersebut tersangkut pada "arm handle" ada macam laluan kecil muat untuk tali sulam....jadi tali akan tersangkut di situ...kemudian aku tukar pada tali mono 40lb....masih belum ada record menaikkan mana2 ikan pun...sabar ajelah....yang ini aku jodohkan dengan joran Pioneer...

Kekili berjenama Abu Garcia C3 merupakan kekili pertama "baitcast" aku beli siap dengan joran sekali (2nd hand-RM300.00) buat belajar main "baitcasting".....jangan nak pandai main dengan kekili "spinning" aje.....sebagai pemancing kita kenalah "multi skills" baru enjoy....yang ini jodohnya dengan joran Abu Garcia juga....tapi agak keras....12-25lb.....record naikan ikan cuma dalam 2kg lebih itu pun ikan kolam pancing bayar di Kolam Buaya kat Kuala Baram....

Kekili berjenama Banax aku gunakan untuk main "bottom"...agak berat tapi tahan lasak....seingat aku tak ada ikan besor sgt aku pernah dapat dengan kekili nie...aku jodohkan dia dengan joran Maguro.....kekadang aku gunakan jugak untuk "trolling"...

Kekili berjenama Lemax merupakan kekili terawal penglibatan aku dalam bidang sukan memancing. Seingat aku ikan paling besar aku pernah dapat ialah ikan "tiger"pasal dia belang-belang hitam putih...masa tu masih boleh mancing di tasik Desa Water Park...sekarang dah di buat tempat untuk takungan air project "SMART"...sekarang aku gunakan untuk memancing udang...kekadang saje je...buat layan ikan bulan (tarpon)...yang ini aku jodohkan dengan joran Lemax jugak.....aku ingat lagi masa aku beli dengan "apek" tua kedainya di Jalan Sentul....bukan main berkira lagi dia....tapi sampai sekarang kedai dia masih utuh...tapi "apek" tu baik....