Peejoo@Fishing Reels

Kekili terbaru berjenama Shimano Technium 2500 digunaka untuk "casting"...masih baru dan belum mempunyai record lagi.....tapi kita tengok macam mana aksinya nanti.....aku jodohkan kekili ini dengan joran Shimano Bassterra....7' 10-25lb...Spool pertama aku masukkan tali "Braided Fin 20lb yang kedua aku masukkan tali Tuf Line 15lb....

Kekili berjenama Daiwa Freams 4500 J digunakan untuk "Light Jigging" nie masih baru baru sekali turun laut...itu pun kurang bernasib baik kerana lau bergelora masa itu....aku muatkan dengan tali sulam Suffix 50lb...Aku jodohkan dia dengan joran Abu Garcia Conolon PE 2-5 dan Conolon PE 1-3....so kita tengoklah macam mana dia kan berbakti nanti.....kita saksikan kehebatannya....

Kekili berjenama Ryobi Excia digunakan untuk "casting" merupakan kekili yg berjaya mendaratkan ikan siakap seberat 4kg yg pertama untuk tahun 2008 di Muara Miri...ha...ha..ha jangan marah...aku jodohkan dengan joran Loomis & Franklin Big Game (Joran terkuat di dunia, dia yang tulis dalam majalah aku tulis aje kat sini....so you all tahu joran yang mana saya maksudkan...)di bekalkan dengan dua "spools"...spool yg pertama saya muatkan dengan tali sulam Power Pro 20lb yg satu lagi saya muat tali mono Lemax 12lb...

Kekili berjenama Shimano Navi 8000PG digunakan untuk "jigging" and "trolling" merupakan yang terbanyak sekali menaikan ikan-ikan yang besor.....merupa kekili pertama aku buat untuk aktiviti "jigging" pernah aku naikkan ikan alu-alu (kekacang) berat anggaran 5-7kg tapi tak sempat di naikkan kerana kawan-kawan yang masa itu sibuk memasang alat pancing dia orang.....cuma malam sikit aku berjaya mendaratkan ikan "belokok" seberat anggaran 5-6kg menggunakan joran pinjam dari "Haji"...Kekili ini aku jodohkan dengan Abu Conolon PE 2-5 atau Conolon PE 1-3...

Kekili berjenama Lemax Platinum Tiny digunakan untuk "light casting" ini aku gunakan untuk menaikan ikan bulan (tarpon)...record menaikan ikan seingat aku dalam 2kg lebih...masa tu aku nak cuba kekuatan kekili and joran di Kolam Buaya, Kuala Baram.....memang boleh tahan.....tapi ada jugak aku tengok orang pakai masa memancing ikan di kolam bayar di Sentul.....

Kekili berjenama Opusbull...jarang-jarang di gunakan masa awal dulu..aku muatkan dengan tali sulam 50lb tapi kurang sesuai kerana tali tersebut tersangkut pada "arm handle" ada macam laluan kecil muat untuk tali sulam....jadi tali akan tersangkut di situ...kemudian aku tukar pada tali mono 40lb....masih belum ada record menaikkan mana2 ikan pun...sabar ajelah....yang ini aku jodohkan dengan joran Pioneer...

Kekili berjenama Abu Garcia C3 merupakan kekili pertama "baitcast" aku beli siap dengan joran sekali (2nd hand-RM300.00) buat belajar main "baitcasting".....jangan nak pandai main dengan kekili "spinning" aje.....sebagai pemancing kita kenalah "multi skills" baru enjoy....yang ini jodohnya dengan joran Abu Garcia juga....tapi agak keras....12-25lb.....record naikan ikan cuma dalam 2kg lebih itu pun ikan kolam pancing bayar di Kolam Buaya kat Kuala Baram....

Kekili berjenama Banax aku gunakan untuk main "bottom"...agak berat tapi tahan lasak....seingat aku tak ada ikan besor sgt aku pernah dapat dengan kekili nie...aku jodohkan dia dengan joran Maguro.....kekadang aku gunakan jugak untuk "trolling"...

Kekili berjenama Lemax merupakan kekili terawal penglibatan aku dalam bidang sukan memancing. Seingat aku ikan paling besar aku pernah dapat ialah ikan "tiger"pasal dia belang-belang hitam putih...masa tu masih boleh mancing di tasik Desa Water Park...sekarang dah di buat tempat untuk takungan air project "SMART"...sekarang aku gunakan untuk memancing udang...kekadang saje je...buat layan ikan bulan (tarpon)...yang ini aku jodohkan dengan joran Lemax jugak.....aku ingat lagi masa aku beli dengan "apek" tua kedainya di Jalan Sentul....bukan main berkira lagi dia....tapi sampai sekarang kedai dia masih utuh...tapi "apek" tu baik....

No comments: