Peejoo@Kuala Sibuti

April 19, 2008

Bermula secara tidak di rancang....selepas "casting" di Muara Miri aku ajak Stanley lepak dekat dengan Restoran Idaman area Seberkas, biasanya bermula pada hari Jumaat petang area Seberkas akan ada macam "Pasar Tamu".....penjual-penjual terus dari kawasasn kampung akan datang dan membawa hasil kebun-buah-buahan, sayuran, tangkapan sungai atau laut....masih segar.......untuk di jual.....

Masa aku sampai di jalan-jalan terserempak pulak dengan Zam, kemudian lepak di restoran sambil borak-borak pasal mancing......itu ajelah selalunya kita berbincang bila kami berjumpa......kalau tidak dari hasil tangkapan dari "casting", mesti cerita pasal gewang, tali, majalah pancing, kaedah pancing dll yang semestinya berkaitan dengan memancing........

...dan salah satu topic yang di bincangkan adala mengenai tempat untuk memancing kerana hari esok cuti.....disitulah bermulanya dimana Zam dan Stanley cuba mendapatkan "update" dari kampung Kuala Sibuti menggunakan "informer" mereka di kampung.......mereka (kaki pancing kampung) menyatakan yang air Kuala Sibuti ada sesuai untuk memancing.....

Man baru aje sampai di restoran dan menyatakan yang dia pun boleh join untuk memancing malahan dia jugak mempelawa untuk menjadi penganjur minyak untuk bot......baik budak tu.....semua yang dapat pergi sekarang adalah 3 orang (Stanley tak dapat pergi kerana kerja dan kena hantar maknya ke airport).....masih ada tempat lagi untuk dalam bot maxima 4 orang so aku hantar sms pada "Pak Musa" samaada dia nak join atau tidak......dapat respond yang positive dari Pak Musa menyatakan yang dia nak pergi jugak......(sejak lepas dari pembedahan jantung hari tu...Pak Musa macam orang muda.....memang "KACAK"...)

Pak Musa....menyatakan sekejap lagi dia akan sampai ke restoran dan bincang dengan lebih terperincing mengenai rancangan "meng"canting" di Kuala Sibuti.......

Seawal jam 5:00am Pak Musa akan mengambil Man di rumahnya berserta dengan minyak untuk bot...kemudian dalam jam 5:20am sampai kerumah aku.......masa tu aku tengah buat air milo berbekalkan dengan roti yang dibelikan di Stesen Minyak Petronas semalam balik dari restoran.

Seterusnya kami ke Stesen SESCO (kalau di semenanjung mcm TNB lah)untuk mengambil Zam pulak.....semasa di sana kami lepak sekejap sambil minum kopi.....

Jam 6:30am kami bertolak ke Kuala Sibuti dan tiba di Kampung Kuala Sibuti dalam Jam 7:30am, Zam terus menuju rumah kenalannya dan menyatakan untuk menyewa bot.....katanya bot tak menjadi masalah cuma untuk mendapatkan enjin aje masalah.....

Jam 8:00am kami terus ke Kuala Sibuti untuk "casting" dulu sementara menunggu enjin....kami bernasib baik semasa di Kuala Sibuti, Pak Musa terjumpa saudara dia dan menyatakan ada bot dan enjin untuk disewa.......sekali lagi Pak Musa jadi "hero" dapatkan bot!

Bergambar semasa baru sampai di kampungKuala Sibuti sambil makan biskut.......Zam, Aku dan Pak Musa......Man?...yang ambik gambar nielah......

Bergambar pulak dengan Zam semasa sampai di Kuala Sibuti........buat "off loading" barang-barang untuk di muatan dalam bot...

Tengok tu....Zam dengan Man tak sabar-sabar nak "casting" sementara menunggu bot sampai...

Zam......peserta yang pertama berjaya menaikkan seekor Mangrove Jack (MJ) dengan menggunakan Rapala Tail Dancer-RC (legend lure nie katanya mesti ada naik punya, setiap dia pakai tak akan di hampakannya........)

Aku.....pun nak bergaya jugak dengan ikan orang......saje nak ambik berkat.....tapi pada masa yang sama pancing Pak Musa berjaya pulak di ragut oleh seekor MJ......tapi MJ itu tersangkut di akar reba.....kami cuba mendapatkannya tapi terlepas.......sorry Pak Musa........malahan Pak Musa berbangga kerana menggunakan rod da reel barunya (low profile Abu Garcia-Revo dan rod HMG Fenwick)

Tengok tu.....Pak Musa akhirnya berjaya menaikkan MJ strike yang kedua....terpancar kegembiraan di wajahnya....tahniah Pak Musa.....

Nah....nie gambar aku pulak dengan MJ, pertama untuk tahun 2008 menggunakan lure Yu-zuri Minnow 7mm Red head........

Gambar besor sikit dengan reel, ikan dan lure......kena letak alas daun...nanti calar pulak reel baru aku.......technium 2500 tambahan kalau letak atas batu tengah panas gambar terlalu terang sampai tak nampak......tahniah untuk diri aku sendiri

Lokasi casting........

Nie dia beraksi pulak dengan hasil "casting" yang kedua MJ jugak.....

MJ yang kedua...berjaya dinaikan.......entah ikan yang sama atau tidak......Man baru aje terlepas menaikkan ikan di lokasi yang sama......malang untuk Man

Bergaya dengan hasil "casting" 2 ekor MJ.......malahan rekod untuk 2008, 2 ekor MJ dan seekor Barramundi........

Sangkar ikan di Kuala Sibuti.......



Man dengan hasil yang "luar biasanya" seekor ikan gelama berjaya di naikkan dengan kaedah "casting" lapar betul si gelama nie.......apa-apa pun tahniah untuk Man......

Hasil:- 6 ekor MJ, 16 strikes.........

No comments: