Peejoo@Fishing Trip Bintulu

Date: April 21, 2007

Kami memandu dari Miri selama 2-3 jam dari jam 830-900pm sampai dalam jam 1100-1200pm dengan menaiki 3 buah kenderaan........maaf kereta saya tak boleh di gunakan kerana digunakan kerana terlanggar lori.....semasa cuba memotong lori di bulatan Seberkas, Miri.....lain kali berhati-hati ketika memandu di bulatan........dan sebenarnya kereta saya jugak bukan di dalam perancangan untuk digunakan.........rancangan asal sepatutnya menggunakan kenderaan bapak si Asraf......tapi malangnya 4 wheels tersebut kena curi pulak.....macam-macam dugaan yang kami hadapi untuk menjayakan trip ini.......mulanya susah untuk menempah bot.....selepas dapat.....pemilik bot pada saat akhir membatalkan tempahan.....kata mereka injin rosak.....rupannya kami dapat tahu yang pemilik mendapat tempahan baru yang lebih lumayan......janganlah macam tu.....kalau buat business.......gilakan untung aje.......nanti business tak kekal lama.......Tapi kami masih beruntung dan berjaya mendapakan penganti bot......sekali lagi terima kasih kepada Haji Madon....hebat otai nie.....

Tengoklah barisan peserta.....sebenarnya agak ramai....tapi kerana saat-saat akhir pemilik bot asal (yang lebih panjang) membatalkan tempahan dan bot pengganti lebih pendek......


Bot pengganti......

Lepak di kedai minum selepas check in....

Bilik di kongsi bersama......bolehlah....sebelah hotel sebelah kuala aje......

Saya merupa peserta pertama yang berjaya "mengena" dengan kaedah jigging......tapi lihatlah ikannya tak ada pasal tali kavler 500 paun putus di bahang dek....ikan tenggiri.....sedih.......ini ajelah yang tinggal sebagai kenangan.....

Bergaya dengan hasil yang diperolehi......jangan lupa baca SIRIP bulan June 2007 ada kat dalam tu....cita kita orang...so malas sikit nak cita kat sini........

SEMOGA LEBIH BERJAYA DI TRIP YANG AKAN DATANG

Peejoo@Surebite Tournament (Miri)

Date: June 10, 2007
Masa: 8:00am-12:00pm
Lokasi: Muara Miri

Peraduan "Casting" menggunakan lure jenama surecatch sahaja.....Tiada siapa pun berjaya menaikan ikan.....saya nyaris menaikkan ikan timah......sayangnya ikan tersebut terlucut......peserta Abu juga ada mengena....tapi malang ikan tersebut berjaya memutuskan tali......kerana terkena batu.......kesian dia....
Hadiah yang ada di gunakan sebagai cabutan bertuah aje.....mungkin lain kali........kita boleh cuba lagi......
Bergaya sebelum "Casting"......boleh kan?......

Peejoo@My 1st Jigging

Date: April 03, 2007

Lihat... ikan tenggiri yang saya pegang, tapi bukan saya punya, salah seekor ikan "blokok" (mcm ikan GT) saya pun tak pasti......Tangkapan saya yang pertama dengan kaedah "Jigging" ini adalah ikan kekacang (Barracuda) tapi tak sempat di naikkan kerana para peserta "jigging" sibuk memasang mata kail dll....Tapi yang nyata saya berjaya meng "jigging" ikan tersebut.........

Seterusnya malam (bukan malam lagi dah.....pagi dalam jam 2-3 am tu....) tersebut saya berjaya mendaratkan seekor ikan "blokok" setelah semua peserta tidur (saya sendiri yang naikkan tanpa bantuan mereka...kerana semua dah tidur....terima kasih)peralatan yang saya gunakkan......Reel Shimano Navi 8000PG, Rod Lemax......Haji Madon punya........Malangnya ......pada waktu siang tangan saya dah kejang....kerana sepanjang pagi saya meng"jigging" cuma lihat aje.....mereka meng"jigging" ikan tenggiri, kerapu dan blokok.....saya kagum mereka masih tidak mengalah.......Pelantar minyak yg kami pergi adalah.....Betty, Baram and Bokor

Namun terima kasih juga kepada semua peserta Bawai (pemilik bot), Haji Madon, Irwani, Pak Nik dan Saiful semoga kita bersama lagi berjuang meng"jigging"......

Peejoo@My First Wild Barramundi (Siakap Putih)

Date: March 03, 2007

Hari Sabtu yang tidak dapat saya lupakan bertempat di Kuala Miri berdekatan dengan sukat air, disitulah pertama kalinya saya berjaya menumpaskan seekor ikan siakap putih liar sepanjang penglibatan saya dalam arena memancing menggunakan kaedah "casting" (namum kalau umpan dasar atau kaedah lain pun saya tak dapat jugak.....syukur.....
Namun terima kasih patut jugak di berikan kepada pemancing-pemancing Miri yang sememang berpengalaman memancing dengan kaedah "casting".
Kenapa "terima kasih"? Ya....kerana tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman cara-cara yang betul untuk membuat lontaran, karauan, pemilihan gewang, cara-cara persembahan/penggunaan gewang, cara-cara membuat ikatan terutamanya ikatan "FG" (sampai sekarang masih tak pandai, tapi saya selalunya minta tolong dengan Abu), pemilihan joran yang sesuai, pemilihan tali dll. Saya ingat orang Sarawak-Miri cuma pandai "menyumpit" rupanya bila datang sini saya pula yang di sumpit.
Pengalaman saya melihat pemancing Miri menewaskan ikan siakap seberat 15kg membuat saya teruja (seawal pagi 5:30am). Menggunakan kaedah "casting", saya sudah banyak mendengar cerita dari pemancing-pemancing Miri yang ikan siakap putih dan merah memang banyak di sekitar Kuala Miri, cuma saya sungguh bernasib baik dapat menyaksikan sendiri ikan ini di tewaskan. Malah sudah beberapa kali kisah siakap putih di Kuala Miri ditulis dalam majalah Sirip, bayangkan bagaimana terujanya pemancing-pemancing lain yang membaca kisahnya...

Inilah ikan siakap 15kg di Kuala Miri

Berbalik pada "My First Wild Barramundi" seberat 2.3kg, dengan menggunakan Halco-Trembler warna Elton John (kerana warnanya yang berbagai) reel Shimano Aerlex-3000 dan Joran Fenwick 7"

Beraksi dengan "My First Wild Barramundi"
Salah satu lagi posing dengan "My First Wild Barramundi"

Siakap 2.3kg & Halco-Trembler

Peejoo@My First Tarpon (Bulan)

Date: January 14, 2007

Lokasi memancing di Tasik Go-Kart, seminggu selepas lawatan Pak Amin, tuah Pak Amin kot...
Seekor ikan tarpon (bulan) berjaya dinaikkan seberat 700-800grams. Sambaran lewat petang itu saya menggunakan "popper". Gambar saya dan ikan di hantar ke majalah Sirip & Pancing tak tahu apa berita, dah di buang longkang agaknya. Tapi tak apa boleh cuba lagi.
Lihatlah aksi-aksi mencemaskan ketika mendaratkan ikan ini, agak aggresive di lewat petang, sambarannya dan aksi lompatannya mencemaskan saya. Air yang berumpai menyukarkan aktiviti untuk mendaratkan ikan ini.
Tapi berkat kesabaran dan pertolongan dari pemancing lain berjaya jugak saya mendarat ikan ini. Terima kasih semua tanpa anda tiadalah "My First Tarpon"

Beraksi dengan "My First Tarpon"

Gambar dekat si Tarpon

Misi terakhir mendarat si Tarpon, lihatlah persekitaran rumpai dan rumput

Peejoo@Pak Amin "Fly Fishing" Guru

Date: January 06, 2007
Ya.....siapa yang tak kenal Pak Amin "Fly Fishing" Guru. Pak Amin mempunyai "column" beliau sendiri didalam majalah "Rod & Line" bercerita pengalaman dan cara-cara membuat "Fly". Pak Amin mempunyai kemahiran membuat "rod Fly Fishing" dan sesiapa yang membeli "rod" beliau akan di berikan kelas belajar (cara membuat lontaran malahan cara mengikat "Fly") secara percuma. Begitulah bertuahnya pemancing Miri, dan bertambah bertuah yang Pak Amin lepak di rumah saya, Desa Pujut Miri.
Beberapa perancangan telah dibuat untuk menyambut Pak Amin, bagi me"maximum"kan ilmu beliau di perturunkan kepada pemancing Miri seperti ilmu lontaran, cara-cara terbaik mengikat "fly", berkonsi pengalaman cara-cara terbaik untuk memancing, rahsia "fly", kaedah ikatan "fly" yang betul dah lain-lain.
Bagi saya, saya cuma ada "vise" yang di beli semasa saya di Jerman dan sebiji reel.....itupun dengan Abu...

Lihat betapa bertuahnya pemancing-pemancing Miri

Pak Amin sedang mengajar cara-cara mengikat "Fly"

Lokasi pertama dimana kami membawa Pak Amin adalah di Tasik Go-Kart (dinamakan Go-Kart kerana berdekatan dengan stadium Go-Kart). Disana Pak Amin menunjukkan/mengajar cara-cara membuat lontaran yang betul. Terdapat pemancing yang agak biasa membuat lontaran Pak Amin cuma menegur untuk membuat cara yang terbaik bagaimana untuk membuat lontaran yang jauh dan tepat kepada lokasi yang di kehendaki. Malahan bagaimana untuk membuat lontaran sekiranya kita berhadapan dengan angin.

Kata Pak Amin kalau kurang mahir buat kiraan 1-2-3 atau pandang belakang tengok tali

Kata Pak Amin pegang tali nie betul-betul

Pak Amin "In Person"

Kata Pak Amin ini cara yang betul nak buat ikatan buat betul-betul

Pegang joran betul, tengok depan...

Lokasi seterusnya kolam pancing "Crocodile Farm". Hanya dengan beberapa tarikkan selepas lontaran pertama joran Pak Amin disambar oleh sang siakap seberat 1kg, amat mujarap umpan "fly" Pak Amin. Lihatlah bagaimana aksi-aksi Pak Amin menaikan ikan...

Hanya dengan satu lontaran dapat menarik sang siakap

Dengan mudah ikan di layan oleh Pak Amin

Nah....ini dia hasilnya

Lokasi terakhir, Pak Amin berangkat pulang ke Singapore melalui Brunei dan lokasi terakhir kami adalah sekitar cabang Sungai Baram

Pak Amin dan saya

Peejoo@My First Mangrove Jack-Sungai Baram

Date: December 23, 2006

Cabang Sungai Baram yang dinyatakan disini merupakan salah satu cabang Sungai Baram yang sebenar terletak berhampiran dengan pantai. Kami terpaksa membayar tol RM10 da melintasi jambatan-Jambatan Baram, dan merupakan jalan baru untuk menuju ke Brunei (cuma beberapa km menuju ke "Check Point").
Cabang Sungai Baram ini terletak di sepanjang jalan lama menuju ke Brunei "Check Point" dimana cara lama untuk menuju ke lokasi ini atau ke Brunei adalah dengan menaiki feri dari Sungai Baram. Terdapat beberapa kolam bela ikan berdekatan dengan cabang sungai ini.
Dengan menggunakan gewang jenis Yu-zuri minnow dengan kaedah "casting" dan ada jugak "popping" kami dapat menawan beberapa jenis ikan seperti siakap putih (Barramundi), siakap merah (Mangrove Jack), bulan (Tarpon), ketutu, kerapu. Berat ikan yang diperolehi kurang dari 1kg malah terlalu jarang yang dapat melebihi 1kg kerana sesebahagian kawasan adalah kurang dari 1 meter dalam.
Siakap Merah (Mangrove Jack) saya yang pertama, maaf photo tak ada kerana terlalu ghairah nak memancing. Ikan galak memakan gewang waktu awal pagi dan lewat petang.

Lokasi memancing

Wajah-wajah kegembiraan dengan hasil yang diperolehi

Gewang Yu-zuri yang kami gunakan

Sebahagian ikan yang diperolehi.

Peejoo@Fishing Crocodile Farm

Date: December 16, 2006

Keadaan cuaca dan ombak yang tidak menentu di Kuala Miri membuatkan kami mengadakan trip ke kolam bayar di Crocodile Farm, Kuala Baram. Bayaran yang di kenakan adalah tertakluk kepada jenis kolam yang di pilih. Kolam pertama di kenakan bayaran sebanyak RM10/sejam dan ikan yang di perolehi tanpa di kenakan bayaran. Kolam kedua akan di kenakan RM10/sejam tapi ikan yang di perolehi akan di kenakan bayaran mengikut jenis ikan yang dipancing contohnya talapia RM5/kg. Kolam ketiga di kenakan bayaran sebanyak RM12/sejam tapi ikan yang di perolehi akan di kenakan bayaran mengikut jenis ikan yang dipancing contohnya siakap RM12/kg.
Hari ini merupakan hari yang amat bertuah untuk Abu kerana berjaya mendaratkan seekor ikan siakap seberat 8.3kg di kolam bayar RM10/sejam dan ikan diperolehi adalah percuma. Bayangkan kalau ikan tersebut di pancing di kolam ketiga mahu dekat RM100....
Yang paling istimewa memancing di kolam ini kita boleh menggunakan macam-macam kaedah pancing:- menggunakan gewang, soft plastic, umpan dasar malah "fly fishing" jugak boleh di gunakan

Tapi saya kurang bernasib baik....

"Abu" pemilik sebenar ikan siakap

Bergaya dengan ikan orang lain

Bersama pemancing-pemancing lain yang "malang"

Peejoo@Trip to Tatau (Bintulu)

Date: November 17-18, 2006

Lokasi memancing kali ini adalah di Tatau sebuah perkampungan di Bintulu. Mengambil masa lebih kurang 3-4 empat jam memandu dari Miri. Dengan menaiki sebuah 4x4 dari pejabat jam 2 petang, Jumaat (boleh balik awal ada WHPH-Work Hard Play Hard) seramai 5 orang (agak padat). Trip ini di anjurkan oleh salah seorang kawan kami yang tinggal di Tatau dan di bantu oleh beberapa ahli keluarga & sahabat beliau.
Kami sampai ke lokasi agak lewat sekitar jam 7:00pm, disini sekitar jam 6:00pm biasanya sudah gelap (malam dah mula daa....). Kereta di letakkan di kawasan klinik berdekatan dengan tebing sungai (salah seorang kawan penganjur adalah pekerja di klinik). Lihat gambar yang diambil dari rumah panjang. Kami terpaksa menyeberang sungai menggunakan bot.

Gambar nie di ambil bila dah pagi dari "RUMAH PANJANG"sebelum kami berangkat ke lokasi memancing yang sebenar...

Kami terpaksa bermalam di RUMAH PANJANG ini merupakan kali pertama saya menjejakan kaki di rumah panjang....ada anjing.....belakang rumah ada bela.....B#B%....tapi malam tu tak ada apa kami okay.....tak ada anjing gigit pun....nyamuk adalah....


Pesta "Air Tuak" merasa jugak saya segelas dua, taklah sampai mabuk....salah seorang saudaranya akan mengadakan kenduri kahwin jadi air tuak nie agak baru....ia memerlukan sedikit masa lagi nak betul-betul "KAW'\" kata mereka....

Peejoo@FishingPiasau Boat Club

Date: October 14, 2006

Pertama kali mengikuti trip memancing ke laut menggunakan bot dari club Piasau Boat. Kami bertolak gak lewat 13:00pm berkumpul di jeti. Mengunakan 2 x200 kuasa kuda engine kami menuju ke destinasi berhampiran pelantar minyak, kalau tak silap saya tempat tersebut mereka panggil "Chrismas Tree" kerana terdapat bekas peralatan menyedut minyak di namakan dengan nama "Chrismas Tree"-dah bentuknya macam pokok chrismas. Tak di lupakan ianya adalah di dalam bulan puasa dan saya berbuka dengan buah-buahan saja.

Hasilnya, hanya seekor ikan yang dapat saya sendiri pun tak pasti namanya seberat 400-500 grams. Hari itu saya adalah peserta yang paling bertuah kerana hanya ikan ini sahaja yang dapat di naikan menggunakan kaedah umpan dasar.



Boat 2x200 Kuasa Kuda dari Piasau Boat Club

Satu-satunya ikan yang berjaya di naikkan...

Sebuah pelantar minyak berhampiran dengan tempat kami memancing

August 27, 2006-Fishing Tournament

Penyertaan pertama kali di Kuala Miri, saya bernasib baik mendapat seekor ikan "bedukang" seberat 200 grams. Mendapat sijil penghargaan dari penganjur untuk "catch & release". Ini merupakan ikan pertama yang saya berjaya naikkan di Kuala Miri (lebih kurang 30 hari tempoh saya berada di Miri, pertama kali menjejakkan kaki di Sarawak) menggunakan kaedah bottom berumpankan hirisan ikan.

Bergambar dengan salah seorang ahli penganjur

Lokasi memancing