Pertama kali mengikuti trip memancing ke laut menggunakan bot dari club Piasau Boat. Kami bertolak gak lewat 13:00pm berkumpul di jeti. Mengunakan 2 x200 kuasa kuda engine kami menuju ke destinasi berhampiran pelantar minyak, kalau tak silap saya tempat tersebut mereka panggil "Chrismas Tree" kerana terdapat bekas peralatan menyedut minyak di namakan dengan nama "Chrismas Tree"-dah bentuknya macam pokok chrismas. Tak di lupakan ianya adalah di dalam bulan puasa dan saya berbuka dengan buah-buahan saja.
Hasilnya, hanya seekor ikan yang dapat saya sendiri pun tak pasti namanya seberat 400-500 grams. Hari itu saya adalah peserta yang paling bertuah kerana hanya ikan ini sahaja yang dapat di naikan menggunakan kaedah umpan dasar.
Boat 2x200 Kuasa Kuda dari Piasau Boat Club
Satu-satunya ikan yang berjaya di naikkan...
Sebuah pelantar minyak berhampiran dengan tempat kami memancing
No comments:
Post a Comment