Date: December 23, 2006
Cabang Sungai Baram yang dinyatakan disini merupakan salah satu cabang Sungai Baram yang sebenar terletak berhampiran dengan pantai. Kami terpaksa membayar tol RM10 da melintasi jambatan-Jambatan Baram, dan merupakan jalan baru untuk menuju ke Brunei (cuma beberapa km menuju ke "Check Point").
Cabang Sungai Baram ini terletak di sepanjang jalan lama menuju ke Brunei "Check Point" dimana cara lama untuk menuju ke lokasi ini atau ke Brunei adalah dengan menaiki feri dari Sungai Baram. Terdapat beberapa kolam bela ikan berdekatan dengan cabang sungai ini.
Dengan menggunakan gewang jenis Yu-zuri minnow dengan kaedah "casting" dan ada jugak "popping" kami dapat menawan beberapa jenis ikan seperti siakap putih (Barramundi), siakap merah (Mangrove Jack), bulan (Tarpon), ketutu, kerapu. Berat ikan yang diperolehi kurang dari 1kg malah terlalu jarang yang dapat melebihi 1kg kerana sesebahagian kawasan adalah kurang dari 1 meter dalam.
Siakap Merah (Mangrove Jack) saya yang pertama, maaf photo tak ada kerana terlalu ghairah nak memancing. Ikan galak memakan gewang waktu awal pagi dan lewat petang.
No comments:
Post a Comment