Date: January 06, 2007
Ya.....siapa yang tak kenal Pak Amin "Fly Fishing" Guru. Pak Amin mempunyai "column" beliau sendiri didalam majalah "Rod & Line" bercerita pengalaman dan cara-cara membuat "Fly". Pak Amin mempunyai kemahiran membuat "rod Fly Fishing" dan sesiapa yang membeli "rod" beliau akan di berikan kelas belajar (cara membuat lontaran malahan cara mengikat "Fly") secara percuma. Begitulah bertuahnya pemancing Miri, dan bertambah bertuah yang Pak Amin lepak di rumah saya, Desa Pujut Miri.
Beberapa perancangan telah dibuat untuk menyambut Pak Amin, bagi me"maximum"kan ilmu beliau di perturunkan kepada pemancing Miri seperti ilmu lontaran, cara-cara terbaik mengikat "fly", berkonsi pengalaman cara-cara terbaik untuk memancing, rahsia "fly", kaedah ikatan "fly" yang betul dah lain-lain.
Bagi saya, saya cuma ada "vise" yang di beli semasa saya di Jerman dan sebiji reel.....itupun dengan Abu...
Lihat betapa bertuahnya pemancing-pemancing Miri
Lokasi pertama dimana kami membawa Pak Amin adalah di Tasik Go-Kart (dinamakan Go-Kart kerana berdekatan dengan stadium Go-Kart). Disana Pak Amin menunjukkan/mengajar cara-cara membuat lontaran yang betul. Terdapat pemancing yang agak biasa membuat lontaran Pak Amin cuma menegur untuk membuat cara yang terbaik bagaimana untuk membuat lontaran yang jauh dan tepat kepada lokasi yang di kehendaki. Malahan bagaimana untuk membuat lontaran sekiranya kita berhadapan dengan angin.
Kata Pak Amin kalau kurang mahir buat kiraan 1-2-3 atau pandang belakang tengok tali
Lokasi seterusnya kolam pancing "Crocodile Farm". Hanya dengan beberapa tarikkan selepas lontaran pertama joran Pak Amin disambar oleh sang siakap seberat 1kg, amat mujarap umpan "fly" Pak Amin. Lihatlah bagaimana aksi-aksi Pak Amin menaikan ikan...
Hanya dengan satu lontaran dapat menarik sang siakap
Lokasi terakhir, Pak Amin berangkat pulang ke Singapore melalui Brunei dan lokasi terakhir kami adalah sekitar cabang Sungai Baram
Pak Amin dan saya
No comments:
Post a Comment