Lokasi memancing di Tasik Go-Kart, seminggu selepas lawatan Pak Amin, tuah Pak Amin kot...
Seekor ikan tarpon (bulan) berjaya dinaikkan seberat 700-800grams. Sambaran lewat petang itu saya menggunakan "popper". Gambar saya dan ikan di hantar ke majalah Sirip & Pancing tak tahu apa berita, dah di buang longkang agaknya. Tapi tak apa boleh cuba lagi.
Lihatlah aksi-aksi mencemaskan ketika mendaratkan ikan ini, agak aggresive di lewat petang, sambarannya dan aksi lompatannya mencemaskan saya. Air yang berumpai menyukarkan aktiviti untuk mendaratkan ikan ini.
Tapi berkat kesabaran dan pertolongan dari pemancing lain berjaya jugak saya mendarat ikan ini. Terima kasih semua tanpa anda tiadalah "My First Tarpon"
Beraksi dengan "My First Tarpon"
No comments:
Post a Comment