Date: December 16, 2006
Keadaan cuaca dan ombak yang tidak menentu di Kuala Miri membuatkan kami mengadakan trip ke kolam bayar di Crocodile Farm, Kuala Baram. Bayaran yang di kenakan adalah tertakluk kepada jenis kolam yang di pilih. Kolam pertama di kenakan bayaran sebanyak RM10/sejam dan ikan yang di perolehi tanpa di kenakan bayaran. Kolam kedua akan di kenakan RM10/sejam tapi ikan yang di perolehi akan di kenakan bayaran mengikut jenis ikan yang dipancing contohnya talapia RM5/kg. Kolam ketiga di kenakan bayaran sebanyak RM12/sejam tapi ikan yang di perolehi akan di kenakan bayaran mengikut jenis ikan yang dipancing contohnya siakap RM12/kg.
Hari ini merupakan hari yang amat bertuah untuk Abu kerana berjaya mendaratkan seekor ikan siakap seberat 8.3kg di kolam bayar RM10/sejam dan ikan diperolehi adalah percuma. Bayangkan kalau ikan tersebut di pancing di kolam ketiga mahu dekat RM100....
Yang paling istimewa memancing di kolam ini kita boleh menggunakan macam-macam kaedah pancing:- menggunakan gewang, soft plastic, umpan dasar malah "fly fishing" jugak boleh di gunakan
Tapi saya kurang bernasib baik....
No comments:
Post a Comment