Date: November 17-18, 2006
Lokasi memancing kali ini adalah di Tatau sebuah perkampungan di Bintulu. Mengambil masa lebih kurang 3-4 empat jam memandu dari Miri. Dengan menaiki sebuah 4x4 dari pejabat jam 2 petang, Jumaat (boleh balik awal ada WHPH-Work Hard Play Hard) seramai 5 orang (agak padat). Trip ini di anjurkan oleh salah seorang kawan kami yang tinggal di Tatau dan di bantu oleh beberapa ahli keluarga & sahabat beliau.
Kami sampai ke lokasi agak lewat sekitar jam 7:00pm, disini sekitar jam 6:00pm biasanya sudah gelap (malam dah mula daa....). Kereta di letakkan di kawasan klinik berdekatan dengan tebing sungai (salah seorang kawan penganjur adalah pekerja di klinik). Lihat gambar yang diambil dari rumah panjang. Kami terpaksa menyeberang sungai menggunakan bot.
Kami terpaksa bermalam di RUMAH PANJANG ini merupakan kali pertama saya menjejakan kaki di rumah panjang....ada anjing.....belakang rumah ada bela.....B#B%....tapi malam tu tak ada apa kami okay.....tak ada anjing gigit pun....nyamuk adalah....
No comments:
Post a Comment