Hari Sabtu yang tidak dapat saya lupakan bertempat di Kuala Miri berdekatan dengan sukat air, disitulah pertama kalinya saya berjaya menumpaskan seekor ikan siakap putih liar sepanjang penglibatan saya dalam arena memancing menggunakan kaedah "casting" (namum kalau umpan dasar atau kaedah lain pun saya tak dapat jugak.....syukur.....
Peejoo@My First Wild Barramundi (Siakap Putih)
Hari Sabtu yang tidak dapat saya lupakan bertempat di Kuala Miri berdekatan dengan sukat air, disitulah pertama kalinya saya berjaya menumpaskan seekor ikan siakap putih liar sepanjang penglibatan saya dalam arena memancing menggunakan kaedah "casting" (namum kalau umpan dasar atau kaedah lain pun saya tak dapat jugak.....syukur.....
Peejoo@My First Tarpon (Bulan)
Beraksi dengan "My First Tarpon"
Peejoo@Pak Amin "Fly Fishing" Guru
Lihat betapa bertuahnya pemancing-pemancing Miri
Kata Pak Amin kalau kurang mahir buat kiraan 1-2-3 atau pandang belakang tengok tali
Hanya dengan satu lontaran dapat menarik sang siakap
Lokasi terakhir, Pak Amin berangkat pulang ke Singapore melalui Brunei dan lokasi terakhir kami adalah sekitar cabang Sungai Baram
Pak Amin dan saya
Peejoo@My First Mangrove Jack-Sungai Baram
Cabang Sungai Baram yang dinyatakan disini merupakan salah satu cabang Sungai Baram yang sebenar terletak berhampiran dengan pantai. Kami terpaksa membayar tol RM10 da melintasi jambatan-Jambatan Baram, dan merupakan jalan baru untuk menuju ke Brunei (cuma beberapa km menuju ke "Check Point").
Peejoo@Fishing Crocodile Farm
Peejoo@Trip to Tatau (Bintulu)
Lokasi memancing kali ini adalah di Tatau sebuah perkampungan di Bintulu. Mengambil masa lebih kurang 3-4 empat jam memandu dari Miri. Dengan menaiki sebuah 4x4 dari pejabat jam 2 petang, Jumaat (boleh balik awal ada WHPH-Work Hard Play Hard) seramai 5 orang (agak padat). Trip ini di anjurkan oleh salah seorang kawan kami yang tinggal di Tatau dan di bantu oleh beberapa ahli keluarga & sahabat beliau.
Kami sampai ke lokasi agak lewat sekitar jam 7:00pm, disini sekitar jam 6:00pm biasanya sudah gelap (malam dah mula daa....). Kereta di letakkan di kawasan klinik berdekatan dengan tebing sungai (salah seorang kawan penganjur adalah pekerja di klinik). Lihat gambar yang diambil dari rumah panjang. Kami terpaksa menyeberang sungai menggunakan bot.
Gambar nie di ambil bila dah pagi dari "RUMAH PANJANG"sebelum kami berangkat ke lokasi memancing yang sebenar...
Kami terpaksa bermalam di RUMAH PANJANG ini merupakan kali pertama saya menjejakan kaki di rumah panjang....ada anjing.....belakang rumah ada bela.....B#B%....tapi malam tu tak ada apa kami okay.....tak ada anjing gigit pun....nyamuk adalah....
Pesta "Air Tuak" merasa jugak saya segelas dua, taklah sampai mabuk....salah seorang saudaranya akan mengadakan kenduri kahwin jadi air tuak nie agak baru....ia memerlukan sedikit masa lagi nak betul-betul "KAW'\" kata mereka....
Peejoo@FishingPiasau Boat Club
Pertama kali mengikuti trip memancing ke laut menggunakan bot dari club Piasau Boat. Kami bertolak gak lewat 13:00pm berkumpul di jeti. Mengunakan 2 x200 kuasa kuda engine kami menuju ke destinasi berhampiran pelantar minyak, kalau tak silap saya tempat tersebut mereka panggil "Chrismas Tree" kerana terdapat bekas peralatan menyedut minyak di namakan dengan nama "Chrismas Tree"-dah bentuknya macam pokok chrismas. Tak di lupakan ianya adalah di dalam bulan puasa dan saya berbuka dengan buah-buahan saja.
Boat 2x200 Kuasa Kuda dari Piasau Boat Club
Satu-satunya ikan yang berjaya di naikkan...
Sebuah pelantar minyak berhampiran dengan tempat kami memancing
Penyertaan pertama kali di Kuala Miri, saya bernasib baik mendapat seekor ikan "bedukang" seberat 200 grams. Mendapat sijil penghargaan dari penganjur untuk "catch & release". Ini merupakan ikan pertama yang saya berjaya naikkan di Kuala Miri (lebih kurang 30 hari tempoh saya berada di Miri, pertama kali menjejakkan kaki di Sarawak) menggunakan kaedah bottom berumpankan hirisan ikan.
Bergambar dengan salah seorang ahli penganjur